Sunday, May 31, 2009

WOW..................

Marah apabila tidak dibendung maka akan membawa perkara yg diluar batasan. Jadi Islam mengajar utk menahan marah seperti berikut:
Pertama
Melatih diri untuk bersifat baik dan positif spt lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dlm menghadapi apa2 situasi.Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dlm hal ini spt kisah yg berikut :Suatu hari seorg lelaki yg bernama Zaid bin Sa'nah (sebelum keislamannya) , datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid dtg dgn penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dgn senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar"aku dan dia(zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dgn baik dan menyuruh lelaki tadi(zaid) meminta dgn cara yang baik"Nabi meminta shbt untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sbg tanda memujuk Zaid atas sikap Umar.Dgn sikap dan akhlak yg ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam(hadith riwayat ibnu hibban al-hakim dan at-thabrani)

Kedua
Hendaklah seseorang itu menguatkn jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian igt tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan org yg menahan marah dan memaafkn kesalahan org lain. Firman Allah swt"Orang2 bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain. dan Allah mencintai org yg berbuat kebaikkan" (Al-imran:134)Nabi SAW bersabda bermaksud :"sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari"(hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)"tidak ada seseorang hamba menahan marah kerna Allah ta'ala melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan"(hadith riwayat Abu Daud)

Ketiga
Meminta perlindungan kepada Allah Ta'ala daripada syaitan yg direjam.Firman Allah Ta'ala :"dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui" (Al-A'raf:200)2 org lelaki bermaki-makian di depan Nabi, salah seorang daripada mereka memaki seorang lagi dgn keadaan merah padam mukanya kerana kemarahan.Nabi SAW bersabda maksudnya :"sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh org yg marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dgn Allah Ta'ala daripada syaitan yg direjam"(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Keempat
Orang yg marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk, apabila kedudukan seseorang yg marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.Nabi SAW bersabda maksudnya :"apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring"(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

Kelima
Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yg telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan tika perasaan marah telah redaNabi SAW bersabda maksudnya :"apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam"Nabi saw mengucapkannya 3 kali"(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

Keenam
Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yg dicipta daripada api. maka yg demikian, yg dpt memadamkn api adalah air yg dpt diperoleh daripada berwudhuk demikian dgn izin Allah dpt meredakan kemarahan Nabi SAW bersabda maksudnya :"sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk"(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)"Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam"(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)
Rujukan: Al-Wafi Fi Syarhil Arbai'in an-Nawawiyyah oleh Dr Mustafa al-Bugho dan Dr Muhyiddin Mistu.

Thursday, May 21, 2009

Tips 4 pekerja yang Invest KWSP

Seperti yang sedia maklum, bagi yang bekerja pasti mempunyai simpananKWSP, yang tujuan utamanya adalah untuk simpanan hari tua nanti.Masalahnya, apabila ekonomi gawat, pulangan dividen juga menjunam...
2005 - 5.0%
2006 - 5.15%
2007 - 5.8%
2008 - 4.5%
Disini saya akan kongsi cara terbaik untuk kita gandakan keuntungan kwsp:Anda tentu tahu simpanan KWSP anda tidak boleh dikeluarkan, melainkan untuktujuan tertentu. Jadi, mungkin pendapat saya ini boleh membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih baik."
Akaun 1 KWSP"Anda boleh laburkan sebahagian wang KWSP dari Akaun 1 ke dalam pasaranamanah saham yang diiktiraf. Ramai orang bila sebut amanah saham, semua fikir satu benda - TAKUT RUGI. Sebenarnya, amanah saham ini ada pelbagai jenis dana.Ada yang aggresive (pulangan tinggi/risiko tinggi), balanced (pulangan seimbang/risiko sederhana) dan konservatif (pulangan rendah/risiko rendah).Jika anda ini tidak sanggup hadapi risiko kerugian (spt modal berkurangan),maka nasihat saya pilihlah dana yang konservatif. Pulangan insya-Allah, boleh dapat hampir setiap tahun kerana kebanyakan pelaburan dibuat kepadapasaran bon.
"Akaun 2 KWSP"Jika anda mempunyai pinjaman rumah, gunakan Akaun 2 untuk mengurangkan bakipinjaman rumah anda. Ini kerana, interest pinjaman rumah adalah sekitar 7%-8%, manakala dividen KWSP hanyalah 4.5%.Lebih baik anda kurangkan baki pinjaman, dapat jimat interest 7-8% danakan memendekkan tempoh pinjaman serta mengurangkan jumlah interest yangperlu ditanggung secara keseluruhan.
Pengeluaran kedua KWSP untuk pinjaman rumah boleh dibuat setiap 3 tahun dari pengeluaran pertama. Hanya terhad untuk rumah pertama sahaja.Bagi mereka yang mempunyai anak di IPT, gunakan Akaun 2 KWSP anda supayaanda mengurangkan jumlah pinjaman pelajaran yang perlu dibuat. Ada orangyang membuat pinjaman peribadi di bank tertentu untuk pendidikan anak.Sesuatu yang anda perlu tahu, jika pinjaman peribadi itu dikira secarafixed-interest 7.55% setahun, interest sebenar yang dikenakan BUKAN 7.55%, sebaliknya hampir 13% setahun. Ini kerana kadar interest sebenardibuat mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate). Jadi, daripada menanggung hutang pada kadar 13% setahun, adalah lebih baik anda gunakansimpanan KWSP yang cuma beri 4.25% untuk kos pendidikan anak anda. Harap tips ini dapat menolong anda ;)

Wednesday, May 6, 2009

Mom or Baby????

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan
keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa
jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor
berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.
"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap. "Maaf encik, kami sudah
berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri!" jawab
doktor itu.. "Jadi bagaimana doktor ...?" "Kami tak mungkin dan berupaya untuk
menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu
pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!" Lelaki tersebut
kebingungan, dan tak dapat berkata-kata. ......
"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!"
desak doktor itu. Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan
nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada
doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.
Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah
berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia
tahu apa yang harus dila kukannya.
Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh
mempengaruhi keputusan disaat genting. Bagi seorang doktor beragama
kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan
si ibu. Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan
mengorbankan si bayi.
Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan
terakhir dan muktamat.. Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian? Dalam
ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini
dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah
menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti
seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor
Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar
dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa
mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan
mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya.. Jika si
anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab,
dosanya belum sempat ditebus.
Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor
muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang
bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah
sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan
mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan
anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam
keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dila hirkan di
dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang
tersesat.
Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk
memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor
itu. Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap
ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita.
Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal
menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim. Sejak bangun
tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan. 1.. Meneruskan tidur, atau
bangun sholat subuh? 2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu? 3.
Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai
kopi/disco dahulu? 4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi
rakan sekerja? 5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu? 6. Hidup
mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia? 7. Dan banyak
lagi.....
Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan
melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti. Tambahkan diri dengan
ILMU. Mudah2an selamat kita semua di dunia & di akhirat. Amiin.

Saturday, May 2, 2009

First Night!!!! 18SX only

1.Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s.w.t
2.Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
3.Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim.
4.Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
5.Pada malam Jumaat .Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
6.Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
7.Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
8.Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya .